Dr Muhamad Akmal Saleh

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan berhubung kajian yang menyatakan kurang satu peratus pengguna dalam sistem Budi Madani RON95 (BUDI95) menggunakan lebih daripada kuota 200 liter sebulan.

Ia susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang mengembalikan semula kuota RON95 itu kepada 300 liter bermula esok.

Dr Akmal Saleh turut melontarkan tanda tanya sama ada perubahan kuota itu disebabkan keputusan pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini.

“Dia yang mewujudkan kuota. Dia juga yang menurunkan kuota. Dia juga yang menaikkan semula kuota. Dan dia jugalah yang mengangkat diri sendiri sebagai hero.

“Nak tanya, kajian yang menyatakan hanya 1% jer guna minyak melebihi 200liter sebulan tu tidak terpakai ke apa?ke dah berubah akibat PRN?

“Apa pon,terima kasih hero!!!,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya malam tadi.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan setuju mengembalikan kelayakan asas BUDI RON95 dari 200 liter kepada 300 liter sebulan.

Ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026, Anwar berkata, ini bermakna lebih 16 juta pengguna akan menikmati RON95 bersubsidi sehingga 300 liter sebulan, sementara lebih setengah juta pemilik kenderaan diesel layak menerima BUDI Diesel sehingga 400 liter sebulan. – MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here