Kredit PDRM

KUALA LUMPUR – Seorang guru dan tiga murid cedera ringan selepas sebuah bas persiaran melanggar sebatang pokok di MAEPS Serdang hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, bas berkenaan membawa lima guru dan 30 murid dari PASTI Ampang.

Bas berkenaan datang dari arah kilang coklat, Beryl’s menuju ke G2G Animal Garden di MAEPS.

Kejadian berlaku pukul 12.18 tengah hari.

“Hasil siasatan mendapati bas yang dipandu seorang lelaki Melayu berusia 44 tahun itu dalam keadaan bergerak lurus dan kemudiannya telah hilang kawalan sehingga terbabas ke sebelah kiri lalu melanggar pokok,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Muhamad Farid, mangsa telah dihantar ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan.

Kes disiasat di Bawah Seksyen 42, Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahaya.

Kes masih dalam siasatan dan polis memohon sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi IPD Serdang di talian 03-80742222. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast