Darwin Nunez. Foto Saudi Pro League.
LONDON – Penyerang Uruguay, Darwin Nunez sah meninggalkan Liverpool apabila  menyertai kelab gergasi Arab Saudi, Al-Hilal dengan kontrak tiga tahun di sebalik perpindahan yang tidak didedahkan.
Namun media Britain melaporkan Al-Hilal membayar sekitar £53 juta  dengan tambahan bayaran tambahan yang boleh mencecah keseluruhan £56.6 juta bagi mendapatkan pemain berusia 26 tahun itu.

“Al-Hilal Club Company dengan sukacitanya mengumumkan penandatanganan penyerang Uruguay, Darwin Nunez, dari Liverpool FC dengan kontrak selama tiga tahun

“Nunez baru sahaja menyertai skuad dalam kem latihan pramusim di Jerman,” kata Al-Hilal di laman web rasmi mereka.
Nunez menyertai Liverpool pada Jun 2022 dari Benfica dengan yuran awal £75 juta namun bergelut untuk mengekalkan prestasi konsisten apabila mencatat rekod 40 gol dan 26 bantuan jaringan dalam 143 penampilan di semua pertandingan.
Musim lalu, ketika Liverpool menjuarai Liga Perdana Inggeris, Nunez lebih banyak berada di bangku simpanan dan hanya memulakan lapan perlawanan liga dan menjaringkan lima gol.
Pemergian Nunez membantu Liverpool membiayai perbelanjaan besar hampir £300 juta untuk musim 2025-26.
Setakat ini, mereka sudah mendapatkan pemain tengah Jerman, Florian Wirtz, dengan yuran rekod kelab sehingga £116 juta dan penyerang Perancis, Hugo Ekitike dengan nilai £69 jutaditambah klausa tambahan.
Di bawah kendalian bekas pengurus Inter Milan, Simone Inzaghi, Al-Hilal mencipta sejarah sebagai kelab Asia pertama menewaskan pasukan Liga Perdana Inggeris dalam perlawanan rasmi apabila menundukkan Manchester City di Piala Dunia Kelab bulan lalu.
Pasukan baharu Inzaghi kini menyasarkan kejuaraan liga ke-20 musim ini, selepas menamatkan saingan di tempat kedua Liga Pro Saudi musim lalu.
Mereka juga sudah membawa masuk pertahanan kiri AC Milan, Theo Hernandez, sebagai satu lagi pembelian berprofil tinggi pada jendela perpindahan kali ini. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast