KUALA LUMPUR – Kadar pengangguran Jun kekal 3.0 peratus, dengan bilangan penganggur menurun kepada 518,700 orang manakala kadar pengangguran kekal tidak berubah iaitu pada paras3.0 peratus bagi bulan ketiga berturut-turut, menunjukkan kestabilan pasaran buruh yang berterusan.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, pasaran buruh terus mempamerkan momentum pertumbuhan yang memberangsangkan pada Jun 2025 berikutan perkembangan positif ekonomi negara.

Ini dicerminkan oleh peningkatanguna tenagayang stabil dan penurunan berterusandalam pengangguran.

“Tenaga buruh terus menunjukkan trend peningkatan pada Jun 2025, meningkat sebanyak 0.3 peratus bulankebulan kepada 17.43 juta orang (Mei 2025: 17.38 juta orang).

“Kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) pada Jun 2025 kekal 70.8 peratus, konsisten dengan kadar yang direkodkan pada Mei,” katanya dalam kenyataan di sini.

Selain itu, guna tenaga terus mencatatkan pertambahan pada Jun 2025, dengan bilangan penduduk bekerja meningkat sebanyak 0.3 peratus kepada 16.92 juta orang (Mei 2025: 16.86 juta orang).

Beliau turut menjelaskan, kategori pekerja kekal sebagai segmen terbesar dalam guna tenaga, merangkumi75.0 peratus daripada jumlah penduduk bekerja.

Kategori ini mengalami peningkatan sebanyak 0.2 peratus,mencecah seramai 12.69 juta orangpada Jun 2025(Mei 2025: 12.66 juta orang).

Begitu juga, bilangan penduduk bekerja sendiri terus meningkat dengan pertambahan sebanyak 0.6 peratus kepada 3.20 juta orang, naik daripada 3.18 juta orang pada bulan sebelumnya.

Sektor perkhidmatan terus mencatatkan peningkatan yang stabil dalam bilangan penduduk bekerja, terutamanya dalam aktiviti perdagangan borong dan runcit; penginapan dan perkhidmatan makanan & minuman; serta maklumat & komunikasi.

Begitu juga, bilangan penduduk bekerja dalam sektor pembuatan, pembinaan, perlombongan & pengkuarian, dan pertanian turut menunjukkan pertambahan padabulan tersebut.

Daripada jumlah pengganggur pada Jun 2025,79.9 peratus merupakan penganggur aktif, atau mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan.

Bilangan penganggur aktif menurun sebanyak 0.5 peratus, mencecah seramai 414, 400 orang (Mei 2025: 416,400).

Dalam kumpulan ini, 64.5 peratus meliputi mereka yang menganggur kurang daripada tiga bulan, manakala 5.0 peratus merupakan mereka yang berada dalam pengangguran jangka panjang melebihi setahun.

Bilangan penganggur tidak aktif, atau mereka yang percaya  tiada pekerjaan tersedia turut berkurang sebanyak 1.6 peratuskepada104.3 ribu orang berbanding bulan sebelumnya (Mei 2025: 106, 000 orang).

Pada Jun 2025, kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 24 tahun tidak berubah iaitu pada 10.2 peratus, merekodkan 297,000 penganggur belia (Mei 2025: 297,000 orang).

Kadar pengangguran belia berumur 15 hingga 30 tahun kekal pada 6.2 peratus, dengan 396,800 penganggur belia berbanding 399,000 orang pada bulan sebelumnya.

Bagi bilangan penduduk di luar tenaga buruh pada bulan Jun 2025, ia’ menurun sedikit sebanyak 0.004 peratus, menjadikan jumlah seramai 7.18 juta orang (Mei 2025: 7.18 juta orang).

Sebab utama bagi mereka yang berada di luar tenaga buruh adalah kerja rumah/ tanggungjawab keluarga, merangkumi 43.7 peratus, diikuti oleh kategori bersekolah/latihan iaitu pada 40.9 peratus.

Mengulas mengenai prestasi keseluruhan bagi suku tahun kedua 2025, Ketua Perangkawan berkata, tenaga buruh merekodkan peningkatan sebanyak 0.8 peratus kepada 17.37juta orang pada suku tahun kedua 2025 (ST1 2025: 17.23 juta orang).

KPTB meningkat sedikit iaitu sebanyak 0.1 mata peratus kepada 70.8 peratus berbanding 70.7 peratus pada suku sebelumnya.

Selaras dengan trend ini, bilangan penduduk bekerja meningkat sebanyak 0.9 peratus kepada 16.85 juta 3orang (ST1 2025: 16.70 juta orang). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast