PUTRAJAYA – Seramai 23 individu telah mengangkat sumpah sebagai Pesuruhjaya Kehakiman di Istana Kehakiman Putrajaya, hari ini.
Pelantikan berkenaan dibacakan di hadapan Hakim Negara, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
Antara yang dilantik ialah bekas Presiden Badan Peguam, Datuk Abdul Fareed Abdul Gafoor yang menerajui badan tersebut dari 2019 hingga 2020 bersama 14 lagi peguam lain.
Turut tersenarai ialah J. Kuldeep Kumar, peguam yang pernah menjadi sebahagian pasukan pembelaan kepada bekas pegawai Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri yang disabitkan kesalahan membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Senarai peguam lain yang dilantik ialah Datuk Muhammad Adam @ Edward Abdullah, Isa Aziz Ibrahiml; Dr. Seow Hock Peng; Shahriza Zalina Abdul Shukor; Helmi Hamzah; Rajes Raghavji; Datuk Mohd Aimi Zaini Mohd Azhar; Samry Masri; Moh Kok Wai; Shamsul Bahrin Abdul Manaf; Kalyana Kumar Sockalingam; Avinder Singh Gill dan D Shoba Rajah.
Selain itu, lapan lagi calon berasal daripada perkhidmatan kehakiman dan perundangan antaranya Datuk Donald Joseph Franklin, Syed Faisal Syed Amir, Datin Asmah Musa serta Datuk Khamsiah @ Anita Harun.
Turut dilantik ialah Darmafikri Abu Adam serta tiga pegawai kanan Mahkamah Persekutuan, Manira Nor, Dr. Noradura Hamzah, dan Datuk M.Edwin Paramjothy.
Kesemua mereka akan berganding bersama 78 hakim Mahkamah Tinggi dan 13 pesuruhjaya kehakiman sedia ada di seluruh negara bagi mempercepatkan proses pendengaran kes tertunggak. – MalaysiaGazette
















