Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir. -Foto: SUMBER MEDIA SOSIAL

KUALA LUMPUR – Pasukan petugas khas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengenal pasti berlaku ketidakpatuhan dalam prosedur siasatan kes kematian Zara Qairina Mahathir.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, ia dikesan selepas pengawai penyiasat tidak membuat permohonan untuk proses bedah siasat ke atas mangsa.

“Kita juga telah mengesan terdapat persetujuan daripada ibu mangsa memohon supaya bedah siasat tidak dibuat.

“Persetujuan ini direkodkan dengan tanda tangan ibu mangsa, doktor, patalogi dan pegawai penyiasat dalam satu dokumen ‘Surat Akuan Enggan Bedah Siasat Mayat Atas Kemahuan Sendiri’ yang dikeluarkan pihak hospital,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, di sini hari ini.

Susulan itu katanya, siasatan kes kematian Zara Qairina pada 16 Julai lalu akan dibuka menjurus ke arah elemen buli yang akan dijalankan mengikut Seksyen 507D (2) Kanun Keseksaan.

Menurut beliau, siasatan itu selari dengan permohonan inkues yang sedang dipohon dari Jabatan Peguam Negara (AGC).

BERITA LANJUT MENYUSUL

-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast