KUALA LUMPUR – Di sebalik kemelut yang masih berlarutan, pelakon popular, Anna Jobling tetap memberi penghargaan kepada ibunya, Ariz Arop sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-25.
Anna atau nama penuhnya Anna Ellisa Gustin Jobling berkata, beliau tidak pernah melupakan pengorbanan ibunya dalam membentuk kehidupan sehingga ke hari ini.
“Terima kasih juga buat mama kerana telah melahirkan dan membesarkan adik (panggilan untuk dirinya). Adik doakan semoga mama sentiasa diberkati dan dilindungi Allah,” tulisnya menerusi hantaran di laman sosial Instagram semalam.
Pelakon drama Setia Itu Mahal itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan ucapan sempena hari istimewanya.
“Terima kasih banyak untuk semua ucapan pada hari jadi yang indah. Anna baca semuanya dan setiap mesej amat bermakna,” katanya.
Anna yang berdarah campuran Melayu-Inggeris turut menyatakan rasa syukur kerana dikelilingi insan yang sentiasa memberi dorongan.
“Saya berasa sangat bersyukur kerana dikelilingi insan yang hebat. Doakan yang terbaik untuk melangkah ke fasa baharu ini,” ujarnya.
Sebelum ini, kemelut antara dua beranak itu mencuri perhatian apabila Ariz memaklumkan dirinya menerima perintah injunksi yang difailkan oleh Anna, selain berkongsi foto berada di sebuah balai polis.
Setakat ini, Anna masih mendiamkan diri dan tidak memuat naik sebarang kenyataan atau penjelasan berhubung isu tersebut di laman media sosialnya. – MalaysiaGazette















