KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memanggil semua ketua parti pembangkang dalam satu mesyuarat tergempar yang diadakan di MET Corporate Tower, Dutamas, di sini, petang ini.
Mesyuarat secara rundingan meja bulat itu bermula jam 3 petang dijangka berlangsung dua jam, namun tidak diketahui agenda yang bakal dibincangkan dalam kalangan pemimpin pembangkang.

Selain Muhyiddin selaku Presiden Bersatu; turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir; Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai.

Hadir sama Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Presiden Putra, Datuk Ibrahim Ali dan Pemangku Presiden MUDA, Amira Aisya Abdul Aziz.
Selain itu, turut hadir Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), P. Waytha Moorthy dan Pengerusi Urimai, Datuk Seri Prof Dr Ramasamy Palanisamy. -MalaysiaGazette















