Seorang wanita maut dan lima lagi cedera dalam kemalangan di Kilometer 148.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1, berhampiran Plaza Tol Chenor,

MARAN – Seorang wanita maut dan lima lagi termasuk seorang bayi cedera akibat kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 148.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1di sini  semalam.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai berkata, mangsa yang maut ialah pemandu MPV, Nik Nur Emylia Najwa Ismail, 19, yang disahkan meninggal dunia di lokasi nahas yang berlaku berhampiran Plaza Tol Chenor itu.

Manakala suami mangsa yang duduk di kerusi penumpang depan bersama bayi serta tiga penumpang belakang mengalami kecederaan dalam insiden berlaku kira-kira pukul 5.45 petang semalam kini masih dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) di Temerloh.

“Siasatan awal yang dijalankan mendapati kemalangan berlaku semasa mangsa dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Gua Musang.

“Apabila perjalanan sampai di tempat kejadian, tiba-tiba kenderaan yang dipandu mangsa hilang kawalan dan terbabas melanggar penghadang jalan sebelah kanan dan berpusing melintang di tengah-tengah jalan kemudian dirempuh oleh kenderaan SUV dari arah yang sama.

Kim Wai berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati pemandu MPV terbabit tidak mempunyai lesen memandu.

Kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai hingga menyebabkan kemalangan maut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast