Gelagat mencuit hati seekor ibu orang utan menyuapkan makanan kepada anaknya ketika lensa Malaysia Gazette di Semenggoh Wildlife Centre, Sarawak. FOTO MUHAIMIN MARWAN, 19 OGOS 2025.

Aksi dan gelagat Orang utan Borneo, atau nama saintifiknya Pongo Pygmaeus bersama anak kecil mencuit hati orang ramai yang berkunjung ke Semenggoh Wildlife Centre.

Orang utan merupakan spesis haiwan mamalia yang berkongsi hampir 96.4% genetik DNA yang sama dengan manusia. Ia juga satu-satunya spesis ‘Great Apes’ di Asia Tenggara dan juga yang tinggal di luar benua Afrika, yang kebanyakan masanya hidup dengan mencari makanan, berteduh dan tidur di kawasan kanopi hutan.

Digelar spesis ‘Great Apes’ yang istimewa kerana mampu membina perkakasan ringkas menggunakan sumber hutan yang ada di sekeliling mereka. Sebagai contoh, batang kayu dijadikan sebagai penggaru belakang, dahan-dahan berdaun dijadikan tempat untuk mereka membina tempat tidur daun-daun dijadikan sebagai ’tisu’ untuk mengelap dagu.

Dikenali juga sebagai ‘Tukang Kebun Hutan’ kerana mereka memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan dan biodiversiti habitat. Mereka adalah haiwan pemakan buah terbesar di Borneo yang telah menyebarkan biji buah dimakan ke seluruh hutan. Ini membantu pemuliharaan semula hutan dan memastikan kemandirian banyak spesis tumbuhan.

Sempena Hari Orang Utan Sedunia 2025 sempat merakam gambar gelagat menarik simbol ikonik di hutan tropika Borneo itu.

Gelagat ibu orang utan bersama anaknya mencari makanan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Semenggoh Wildlife Centre, Sarawak. FOTO MUHAIMIN MARWAN, 19 OGOS 2025.
Gelagat lucu orang utan mencuri perhatian orang awam dan pelancong ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Semenggoh Wildlife Centre, Sarawak. FOTO MUHAIMIN MARWAN, 19 OGOS 2025.
Gelagat orang utan dilihat membawa makanan ke lokasi selesa sebelum menikmatinya ketika tinjauan Malaysia Gazette di Semenggoh Wildlife Centre, Sarawak. FOTO MUHAIMIN MARWAN, 19 OGOS 2025.
Gelagat orang utan membawa makanan ke tempat yang selesa untuk dimakan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Semenggoh Wildlife Centre, Sarawak. FOTO MUHAIMIN MARWAN, 19 OGOS 2025.
Gelagat lucu seekor ibu orang utan ketika menyuapkan makanan kepada anaknya mencuri perhatian lensa Malaysia Gazette di Semenggoh Wildlife Centre, Sarawak. FOTO MUHAIMIN MARWAN, 19 OGOS 2025.
Gelagat seekor ibu orang utan bersama anaknya ketika mencari makanan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Semenggoh Wildlife Centre, Sarawak. FOTO MUHAIMIN MARWAN, 19 OGOS 2025.
Gelagat seekor orang utan membawa makanan ke tempat yang selesa untuk dimakan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Semenggoh Wildlife Centre, Sarawak. FOTO MUHAIMIN MARWAN, 19 OGOS 2025.
Gelagat lucu seekor orang utan menikmati makanan mencuri perhatian orang awam dan pelancong ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Semenggoh Wildlife Centre, Sarawak. FOTO MUHAIMIN MARWAN, 19 OGOS 2025.
Gelagat lucu seekor orang utan menikmati makanan mencuri perhatian orang awam dan pelancong ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Semenggoh Wildlife Centre, Sarawak. FOTO MUHAIMIN MARWAN, 19 OGOS 2025.
Pelancong menggunakan teropong untuk menyaksikan gelagat orang utan menikmati makanan di Semenggoh Wildlife Centre, Sarawak. FOTO MUHAIMIN MARWAN, 19 OGOS 2025.
Orang awam dan pelancong tidak melepaskan peluang menyaksikan gelagat orang utan di Semenggoh Wildlife Centre, Sarawak. FOTO MUHAIMIN MARWAN, 19 OGOS 2025.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast