KUALA LUMPUR – Landasan di Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah ditutup buat sementara waktu berikutan kemalangan sebuah pesawat, F/A-18D, Hornet milik Tentera Udara Mapaysia (TUDM), malam tadi.

Menurut Malaysia Airports, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah mengeluarkan Notis kepada Juruterbang (NOTAM).

“Penutupan ini dijangka kekal berkuatkuasa sehingga jam 1 tangah hari, hari ini,” katanya menersui kenyataan.

Semalam, sebuah pesawat milik TUDM dilapor mengalami kemalangan di Pangkalan Udara Kuantan pada pukul 9.05 malam tadi.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian melibatkan sebuah pesawat F/A-18D Hornet di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah (LPSAS).

Difahamkan, insiden berlaku ketika pesawat berkenaan sedang menjalani latihan rutin sebelum mengalami masalah teknikal sehingga tergelincir di kawasan landasan.

Kedua-dua juruterbang sempat diselamatkan namun dilaporkan cedera.

Sementara itu Malaysia Airports, menasihatkan para penumpang menghubungi syarikat penerbangan masing-masing untuk maklumat penerbangan terkini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast