KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas pemimpin negara ditahan polis selepas ditemukan dadah dalam kereta miliknya di Lebuhraya Sprint di sini semalam.
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan tangkapan lelaki berusia 20-an terbabit.
“Ya, saya sahkan,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.
Difahamkan suspek juga turut mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.
Penahanan itu dibuat ketika operasi pencegahan jenayah bersepadu oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya yang dijalankan di sekitar Damansara.
Dalam operasi terbabit, polis menemukan sejumlah kecil heroin bersama beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk penyalahgunaan dadah. – MalaysiaGazette

















sebutkan nama bekas pm tu