Logo syarikat Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas)

KUALA LUMPUR – Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH), termasuk di bahagian selekoh struktur bertingkat telah dibina mengikut spesifikasi yang diluluskan oleh pihak berkuasa dan disahkan oleh jurutera bertauliah.

Bagaimanapun, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) telah mengambil langkah proaktif seperti pemasangan papan tanda amaran tambahan di lokasi strategik, mempertingkatkan hebahan kesedaran awam, serta merancang pemasangan pagar tambahan bagi meningkatkan lagi aspek keselamatan.

Prolintas mengingatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi had kelajuan yang ditetapkan dan memandu dengan berhemah, khususnya di bahagian lebuh raya yang bertingkat dan berselekoh, katanya dalam kenyataan di sini.

Dalam kenyataan tersebut, Prolintas turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dan memaklumkan bahawa beberapa langkah
keselamatan tambahan sedang dilaksanakan.

Dalam masa sama, Prolintas juga telah menyerahkan semua bukti berkaitan, termasuk rakaman kamera litar tertutup kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

Motosikal terbabas, pelajar jatuh 21 meter dari lebuh raya DASH

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast