Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sesi soal jawab ditanya sama ada beliau mendapat jemputan untuk hadir Sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos tidak lama lagi.
Beliau berkata, sehingga kini masih belum menerima jemputan namun tidak berkecil hati. Katanya, sebagai rakyat Malaysia, beliau berpendirian sesiapa sekalipun berhak hadir dalam acara sambutan tersebut.















