LONDON – Manchester United bersetuju dengan harga 40 juta pound (RM228 juta) untuk menjual pemain sayap Argentina, Alejandro Garnacho kepada Chelsea.
Pakar perpindahan, Fabrizio Romano berkata, penjualan pemain berusia 21 tahun itu bakal menjadi yang keempat terbesar dalam sejarah perpindahan United selepas Cristiano Ronaldo, Romelu Lukaku dan Angel di Maria.
Garnacho yang beraksi dalam 93 perlawanan Liga Perdana Inggeris bersama United, antara lima pemain yang tidak diperlukan kelab pada musim panas ini termasuk Marcus Rashford, Antony, Tyrell Malacia dan Jadon Sancho.
Rashford sebelum ini menyertai Barcelona secara pinjaman bulan lalu.
Pengendali Ruben Amorim sudah mengetepikan Garnacho daripada skuad musim ini di mana United gagal memenangi dua perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris.
Kelab itu itu juga dimalukan dengan penyingkiran Piala Liga menerusi penentuan penalti kepada kelab divisyen empat, Grimsby Town. – Agensi
















