KUALA LUMPUR – Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam mencuri perhatian netizen di media sosial apabila aktres itu memberi bayangan hubungannya dengan suami, Datuk Nur Azman Sulaiman sudah berakhir.
Rebecca, 39, berkata, dia dan suami sudah cuba berusaha yang terbaik namun akur dengan takdir yang ditentukan Tuhan.
Dia mengucapkan terima kasih kepada suami kerana memberi kebahagiaan selama 18 tahun hidup bersama.
“Assalamualaikum, 18 tahun kami bersama. Semoga Allah memberkati kamu dengan kesihatan yang baik dan kemewahan.
“Terima kasih untuk memori 18 tahun ini, kita sudah cuba yang terbaik tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang,” tulisnya menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya malam tadi.
Lebih menguatkan spekulasi, Rebecca turut mengemas kini ruangan informasi di Instagram miliknya dengan menulis hantaran ‘single mother of 7’ yang membawa maksud ibu tunggal kepada tujuh cahaya mata.
Rebecca mendirikan rumah tangga dengan Nur Azman pada 14 Januari 2011.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan enam cahaya mata.
Rebecca turut mempunyai seorang anak angkat iaitu Nor Adam Daniel yang kini berusia 16 tahun. – MalaysiaGazette















