Jordan Mintah. Foto Facebook Kuching City.

KUALA LUMPUR – Penyerang utama Kuching City FC, Jordan Mintah kini sah bergelar rakyat Malaysia selepas berjaya melengkapkan proses naturalisasi.

Perkembangan itu diumumkan menerusi kenyataan rasmi kelab yang sekali gus melayakkan Mintah didaftarkan sebagai pemain tempatan dalam saingan Liga Malaysia.

Kuching City turut menyifatkan perkembangan tersebut sebagai satu kelebihan besar bukan sahaja buat pasukan, malah kepada landskap bola sepak tempatan.

Mintah yang berasal dari Ghana telah lama beraksi dalam liga domestik terkenal sebagai penyerang prolifik dengan rekod jaringan yang konsisten.

Dia bersama beberapa kelab sejak 2020 seperti Terengganu FC II dan Kelantan United sebelum menyertai Kuching City FC.

Dengan status baharunya sebagai pemain tempatan, Mintah, 28, membuka ruang kepada pasukannya untuk mendaftar pemain import tambahan.

Kejayaan proses naturalisasinya turut menandakan satu lagi kejayaan program pengambilan pemain berkualiti yang mampu memperkukuh barisan tempatan dan meningkatkan daya saing Liga Malaysia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast