Keadaan di Flat Kuchai Jaya yang semakin uzur dan penuh dengan sampah sarap serta semak-samun ketika di Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 30 OGOS 2025.

 

Flat Kuchai Jaya, yang telah lebih dua dekad berdiri kini menjadi simbol kesulitan hidup penduduknya yang terpinggir dalam arus pesat pembangunan bandar. Dengan struktur bangunan yang semakin usang, dinding yang retak, bumbung yang bocor serta lif yang rosak menyukarkan penduduk terutamanya warga emas yang terpaksa menaiki tangga yang tinggi.

Selain itu, masalah keselamatan dan kebersihan menjadi lebih membebankan. Kawasan yang dipenuhi sampah berselerakan dan saluran najis yang bocor meningkatkan risiko penyakit, sementara kawalan keselamatan yang longgar menimbulkan rasa tidak selamat di kalangan penduduk. Walaupun ada usaha gotong-royong untuk membersihkan kawasan, kerosakan besar dan masalah struktur memerlukan penyelesaian yang lebih berkesan.

Keadaan di Flat Kuchai Jaya yang semakin uzur serta bumbung yang bocor membuatkan keadaan tidak selesa bagi penduduk ketika di Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 30 OGOS 2025.

Di tengah cabaran ini, semangat kemerdekaan memberi makna yang lebih mendalam. Pembaharuan bandar bukan sahaja soal pembangunan fizikal, tetapi juga soal memastikan setiap rakyat menikmati hak untuk hidup dalam persekitaran yang selamat, bersih, dan sejahtera. Ini adalah peluang untuk memperbaharui janji kemerdekaan, di mana setiap warga negara berhak menikmati kehidupan yang lebih baik dan lebih bermakna.

Keadaan perumahan yang semakin usang, dinding yang retak, bumbung yang bocor serta lif yang rosak menyukarkan penduduk terutamanya warga emas yang terpaksa menaiki tangga yang tinggi ketika di Flat Kuchai Jaya, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 30 OGOS 2025.
Keadaan kediaman yang sempit dan bangunan semakin usang, dinding yang retak, bumbung yang bocor serta lif yang rosak menyukarkan penduduk terutamanya warga emas yang terpaksa menaiki tangga yang tinggi ketika di Flat Kuchai Jaya, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 30 OGOS 2025.
Penduduk terpaksa mengunakan tali untuk menghantar barang akibat lif yang rosak ketika di Flat Kuchai Jaya, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 30 OGOS 2025.
Lif yang tidak diselenggara menyukarkan penduduk terutamanya warga emas ketika di Flat Kuchai jaya, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 30 OGOS 2025.
Warga emas yang terpaksa menggunakan tangga berikutan lif yang tidak diselenggara ketika di Flat Kuchai Jaya, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 30 OGOS 2025.
Keadaan laluan yang semak samun dan gelap menjadikan keselamatan penduduk tidak terjamin ketika di Flat Kuchai Jaya, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 30 OGOS 2025.
Keadaan tempat letak kenderaan yang gelap membuatkan kes kecurian semakin meningkat ketika di Flat Kuchai Jaya, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 30 OGOS 2025.
Keadaan perumahan yang semakin uzur dan penuh dengan sampah sarap serta semak-samun ketika Flat Kuchai Jaya, di Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 30 OGOS 2025.
Penduduk membuat tanaman bagi mengelakkan pembuangan sampah dari orang yang tidak bertanggungjawap ketika di Flat Kuchai Jaya, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 30 OGOS 2025.
Seorang penduduk terpaksa mengunakan laluan yang penuh dengan sampah sarap ketika di Flat Kuchai Jaya, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 30 OGOS 2025.

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast