– Satu gegaran akibat gempa bumi lemah dilaporkan berlaku di Semerah, Batu Pahat hari ini.

BATU PAHAT – Satu gegaran akibat gempa bumi lemah dilaporkan berlaku di Semerah di sini hari ini.

Menerusi mesej pemberitahuan Google, kejadian gempa bumi lemah bermagnitud 3.0 dikesan pada pukul 1.57 tengah hari tadi.

Kejadian itu merupakan kali ketujuh melanda Johor selepas enam kali berlaku di sekitar daerah Segamat dan Yong Peng.

Portal ini sedang menunggu pengesahan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berhubung dakwaan itu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast