KUALA LUMPUR – Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang sejak 23 Ogos lalu ditemui selamat di kawasan Ampang.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, penemuan Muhammad Ammar Ariffin, berusia 27 tahun adalah hasil usaha pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang dalam mengesan keberadaannya.
Terdahulu, media melaporkan, Muhammad Ammar dilaporkan hilang selepas pergi mandi-manda di Sungai Kedondong pada 23 Ogos lalu.
Dia yang kali terakhir dipercayai memandu sebuah Proton Satria biru tidak pulang ke kem pada 24 Ogos selain gagal dihubungi oleh keluarga dan rakan-rakan. – MalaysiaGazette















