Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil bercakap kepada wartawan ketika sidang media di Kementerian Komunikasi, Putrajaya. Foto HARI ANGGARA, 25 JULAI 2025.

PUTRAJAYA – Kerajaan memberi jaminan bekalan barang keperluan asas termasuk di bawah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah mencukupi dan tidak menghadapi sebarang masalah ketika ini.

Jurucakap kerajaan, Datuk Ahmad Fahmi Fadzil berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah memberi maklum bahawa tiada isu kekurangan bekalan dilaporkan setakat ini.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/09/03/sistem-sara-pulih-penerima-puas-hati-meskipun-beratur-lama/

“Pada waktu ini pihak KPDN tidak ada memaklumkan sebarang masalah berkait dengan bekalan dan pemantauan akan ditingkatkan untuk pastikan tidak berlaku apa-apa isu dari segi stok ataupun bekalan bagi barang-barang keperluan asas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Kabinet di Putrajaya, hari ini.

Menurut Fahmi, perkara berkaitan kekurangan bekalan juga tidak dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan kerana situasi semasa masih terkawal.

“Dalam mesyuarat pada hari ini, tidak ada dibincangkan isu ataupun masalah yang berkait,” jelasnya.

Dalam pada itu, Fahmi turut memberi jaminan kerajaan melalui KPDN serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan sentiasa memastikan stok makanan utama berada pada paras mencukupi.

“Tapi kerajaan, KPDN dan juga pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan pasti akan memastikan stok bekalan ayam, telur dan sebagainya adalah mencukupi,” katanya lagi.

Katanya, pemantauan rapi akan diteruskan secara bersepadu bagi mengelakkan gangguan bekalan, khususnya ketika musim perayaan atau peningkatan permintaan mendadak.

Untuk rekod, barangan di bawah SARA antaranya adalah beras, roti, telur, minyak masak dan juga tepung. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast