Kredit : Facebook Kesultanan Pahang

KUANTAN –Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyeru agar semua rakyat bersama-sama mendoakan keselamatan dan kejayaan misi kemanusiaan Global Sumud Flotila (GSF) ke Gaza.

Sebanyak 24 kapal flotila dari Pelabuhan Barcelona, Sepanyol, berlepas ke Gaza pada Ahad lalu membawa mesej kemanusiaan dan bekalan bantuan asas. Misi ini disertai lebih 1,000 peserta antarabangsa dari 44 negara, termasuk 15 wakil dari Malaysia.

”Fasa berikutnya akan menyaksikan 15 delegasi Malaysia kumpulan kedua berangkat dari sebuah pelabuhan di Itali bersama delegasi antarabangsa lain, serentak dengan pergerakan kumpulan ketiga dari Malaysia yang kini berada di Tunisia,” titahnya menerusi Facebook Kesultanan Pahang.

Flotila Solidariti Global (GSF) menghimpunkan gabungan antarabangsa dari Eropah, Asia, Afrika, Amerika Latin dan Asia Barat.

Ia termasuk semua delegasi menekankan prinsip tanpa keganasan serta menjadikan kapal sebagai simbol solidariti masyarakat dunia terhadap krisis di Gaza. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast