Ardell Aryana dan Zizi Kirana dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza. Ihsan Foto : Laman sosial Ardell Aryana

KUALA LUMPUR – Dakwaan segelintir netizen yang menuduh peserta misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza hanyalah sekadar bercuti di atas bot adalah tidak benar.

Pelakon dan aktivis, Ardell Aryana berkata, realiti yang dilalui peserta misi jauh lebih mencabar apabila mereka berdepan kesukaran termasuk terpaksa menaiki bot kecil.

Selain itu peserta juga tidak dibenarkan memilih kapal atau pasukan kerana semuanya ditentukan pengurusan misi.

“Saya tak boleh tidur, sekarang tengah tengok langit, tengok ada dron ke tak atas bot. Hari tu ada dua dron saya kena update,” katanya menerusi siaran langsung di TikTok, semalam.

Ardell turut menceritakan pengalaman ngeri apabila bot mereka hampir terbalik akibat ribut kuat hingga besi pemegang bot yang tebal dan kukuh boleh ‘berlipat dua’.

“Bayangkan ribut kalau bot kecil ni macam mana? Sedangkan kapal besar pun bergoyang,” katanya.

Beliau juga berkongsi kesukaran menunaikan solat di atas bot kecil yang sentiasa bergoyang, selain berdepan kekangan bekalan asas seperti air dan ruang yang sangat terhad.

“Satu hari tiga jam tidur, satu pasukan sembilan orang, barang-barang semua padat. Holiday ke macam ni korang?” soalnyai.

Ardell bersama beberapa aktivis lain termasuk penyanyi, Zizi Kirana dalam usaha untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza yang menjadi mangsa perang selepas dikepung Israel.

Kapal flotilla yang disertai Ardell dan beberapa peserta lain dikesan dipantau oleh sebuah dron ketika berada di laut lepas, pada malam 2 Ogos lalu.

Insiden kira-kira jam 10.26 malam itu menyebabkan penumpang diarahkan segera ke bahagian dek selepas menerima arahan daripada kapten kapal. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast