Reaksi penjaga gol Manchester United, Andre Onana ketika perlawanan ASEAN All Stars menentang Manchester United yang berkesudahan 1 - 0 pada Maybank Challenge Cup di Stadium Nasional Bukit Jalil. Foto MOHD ADZLAN, 28 MEI 2025.
KUALA LUMPUR – Penjaga gol, Andre Onana terbuka untuk menyertai Trabzonspor dan sedang menunggu untuk meneliti kontrak bagi perpindahan yang dicadangkan dari Manchester United.
Pakar perpindahan bola sepak, Fabrizio Romano berkata, Trabzonspor turut memaklumkan agar pemain antarabangsa Cameon berusia 29 tahun itu dapat diturunkan untuk perlawanan seterusnya menentang Fenerbahce pada 14 September ini.

Trabzonspor ketika bakal menjual penjaga gol utama mereka, Ugurcan Cakir kepada Galatasaray dan persetujuan pinjaman perlu segera dicapaiagar Onana dijangka menyertai kelab Turkiye itu sebelum jendela perpindahan ditutup pada 12 September ini.

Masa depan Onana menjadi tanda tanya sepanjang musim panas selepas United mendapatkan penjaga gol baharu, Senne Lammens dari Antwerp dengan nilai £21.7 juta (RM124 juta) minggu lalu.

Keadaannya bertambah sukar apabila dia terlepas keseluruhan pramusim susulan kecederaan hamstring pada hari kedua kembali berlatih di Carrington Julai lalu.

United sebelum ini turut menawarkan Onana kepada Monaco dengan harga £30 juta (RM171 juta) sambil terus dikaitkan dengan Lammens serta Emiliano Martinez dari Aston Villa.

Bekas penjaga gol Ajax itu masih mempunyai tiga tahun kontrak di Old Trafford. – AGENSI

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast