Seorang lelaki maut manakalanya isterinya cedera selepas kereta dinaiki mereka jenis Toyota Corolla Altis terbabas lalu terbalik di Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh, Perak, pagi tadi.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi JBPM Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu jam 8.06 pagi.














