Syed Hussein Syed Abdullah

KLUANG – Kluang yang sekali lagi dipilih sebagai daerah paling bahagia dalam kajian Indeks Kebahagiaan Masyarakat (MHI) dengan pencapaian indeks 9.83 bagi 2024 membuktikan kepuasan hidup, keharmonian dan kesejahteraan penduduknya yang berada pada tahap membanggakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Syed Hussein Syed Abdullah berkata, setiap daerah yang tersenarai dalam skor MHI tertinggi mencerminkan masyarakat yang menikmati kehidupan tenang, hubungan sosial yang baik dan persekitaran yang seimbang.

Katanya, bahagia itu bukan hanya pada pembangunan fizikal tetapi pada rasa aman, kesihatan, kebersamaan dan nilai kekeluargaan yang terpelihara.

“Insya-Allah Kluang terus melangkah ke hadapan sebagai sebuah daerah yang sejahtera, dengan masyarakat di setiap pelusuk daerah menikmati erti kebahagiaan sebenar.

“Tahniah daerah Kluang kerana menduduki tempat pertama dengan skor tertinggi 9.83 sebagai antara daerah paling bahagia di negara ini,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Department Of Statistic Malaysia (DOSM) menyatakan daripada 156 daerah dalam Malaysia, 36 daerah berada pada tahap sangat bahagia dengan skor antara 8.02 hingga 9.83.

10 daerah yang mencatatkan skor MHI tertinggi adalah Kluang dengan skor 9.83, Raub (9.52); Mersing (9.50); Marang (9.49); Lipis (9.15); Ranau (9.13); Setiu (9.06), Kuala Nerus (9.03); Kunak (8.97) dan Kemaman (8.79).- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast