Pelakon, Anzalna Nasir dan suami, Hanif Zaki dalam Majlis Akad Nikah Amira Othman dan Fattah Amin, semalam. Ihsan Foto : IG Anzalna Nasir

KUALA LUMPUR – Pelakon, Anzalna Nasir menepis cubaan segelintir netizen yang didakwa sengaja mencetuskan perbandingan antara dua sahabat rapatnya, Amira Othman dan Nur Fazura.

Menerusi satu hantaran di Instagram hari ini, Anzalna, 37, menegaskan kedua-dua selebriti itu memiliki keistimewaan masing-masing dan tidak wajar dibandingkan.

“Janganlah kita cipta spekulasi yang tidak sepatutnya. Saya benar-benar menghormati Fazura dan Amira Othman.

“Mereka berdua mempunyai keistimewaan tersendiri dan merupakan wanita hebat, sebab itu saya bersyukur mempunyai kawan seperti mereka.

“Saya ikhlas mendoakan yang terbaik buat mereka dalam kehidupan, jadi marilah kita berasa gembira untuk semua,” katanya.

Terdahulu, timbul kecaman selepas Anzalna dilihat menjadi pengiring pengantin atau bridesmaid kepada Amira pada majlis pernikahannya bersama Fattah Amin.

Perdebatan tersebut timbul kerana sesetengah pihak mempertikai tindakan Anzalna yang turut bersahabat baik dengan Fazura, yang juga bekas isteri Fattah.

Selain Anzalna, beberapa selebriti popular lain turut menjadi bridesmaid termasuk Ernie Zakri, Qasrina Karim dan Nabila Razali.

Amira dan Fattah sah bergelar suami isteri dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Sepang, Selangor pada malam, semalam.

Pasangan itu telah dinikahkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, dengan hanya sekali lafaz. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast