KUALA LUMPUR –  Pasangan ibu dan anak merupakan antara lapan pegawai agensi penguat kuasa yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan dalam serbuan Op Rentas yang dijalankan serentak di empat negeri sejak Selasa lalu.

SPRM dalam kenyataan berkata, pihaknya turut menyita wang tunai kira-kira RM80,000 serta barangan kemas bernilai sekitar RM50,000 daripada dua pegawai terbabit. 

Turut dirampas ialah peralatan telekomunikasi bernilai RM20,000, dua kereta bernilai RM106,000 dan dua motosikal dengan anggaran RM20,000.

“Enam lagi suspek terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita turut ditahan. Rampasan melibatkan wang tunai RM12,000, mata wang asing USD5,000 dan baht 2,360, selain barangan kemas bernilai kira-kira RM200,000 dan alat telekomunikasi bernilai RM29,000.

“SPRM juga membekukan akaun Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dengan jumlah keseluruhan hampir RM1 juta,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin berkata, semua suspek disyaki bersekongkol dengan sindiket counter setting dan dipercayai menerima rasuah bagi memudahkan urusan kemasukan warga asing ke Malaysia tanpa mengikut prosedur sah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast