Bella Astillah bergandingan bersama barisan penyampai segmen 3 Pagi ERA iaitu Nabil, Azad dan Radin hari ini. Ihsan Foto : ERA Fm

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi  dan pelakon popular, Bella Astillah hari ini memulakan tugas rasmi sebagai penyampai radio selepas diterima sebagai intern di ERA FM.

ERA Fm dalam hantaran pagi tadi telah memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan hari pertama pemilik nama sebenar Dayang Ara Nabellah Awang Astillah.

“Hari pertama Bella menjadi penyampai radio intern, comelkan intern,” kata hantaran itu.

Penyanyi lagu Lebih Indah Berpisah itu turut bergandingan bersama barisan penyampai segmen 3 Pagi ERA iaitu Nabil, Azad dan Radin.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga sempat membuat panggilan secara langsung ke udara bagi menyampaikan pesanan meminta ketiga-tiga penyampai radio senior itu menjaga Bella.

“Kepada Nabil, Azad dan Radin tolong jagakan Bella. Teruskan usaha yang baik. Pendengar setia ERA selepas ini kena terus lagi setia,” ujarnya.

Syed Saddiq sebelum ini ditawarkan menjadi sebagai penyampai radio di ERA namun tidak dapat berbuat demikian susulan masalah yang tidak dapat dielakkan.

ERA dalam kenyataan semelam telah menawarkan tawaran jawatan berkenaan kepada Bella sebagai penyampai radio berkuat kuasa 22 September 2025.

Hal ini kerana, mereka yakin bakat dan keperibadian Bella akan memberi nilai tambah kepada stesen berkenaan dalam usaha terus menghiburkan pendengar di seluruh negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast