Jenazah Allahyarham Muhammmad Daniel Khairul Azha yang bertugas di Cawangan Bomba Pangkalan Udara Kuching tiba di Pangkalan Udara TUDM Kuantan kira-kira 6 petang tadi dibawa ke Tanah Perkuburan Felda Keratong untuk dikebumikan

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah berkenan mengurniakan sumbangan kepada waris Allahyarham Laskar Udara 1, Muhammad Daniel Khairul Azha yang meninggal dunia akibat lemas di Air Terjun Giam di Jalan Puncak Borneo, Padawan Sarawak, semalam.

Menerusi kenyataan,kurniaan disampaikan oleh Pengelola Bijaya Diraja, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Datuk Yahya TUDM kepada bapa Allahyarham, Khairul Azha Osman di Pangkalan Udara Kuantan, petang tadi.

Jenazah Allahyarham yang bertugas di Cawangan Bomba Pangkalan Udara Kuching tiba di Pangkalan Udara Kuantan kira-kira 6 petang untuk dibawa pulang ke rumah di Felda Keratong 8, Muadzam Shah.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Keratong 8 mengikut istiadat ketenteraan pada malam ini. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast