Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Datuk Dr Ahmad Sani Araby Al-Kahery bercakap pada media berkenaan harian Misi Global Sumud Flotilla Sumud Nusantara di MAPIM Malaysia Central Warehouse, Sepang. Foto AIZAT ZAINAL, 01 OKTOBER 2025.

SEPANG – Tentera Laut Israel telah menceroboh naik dua kapal delegasi misi Global Sumud Flotilla (GSF) iaitu Alma dan Sirius pagi 9.44 malam waktu Gaza.

Perkembangan terkini itu disahkan Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby kepada media yang berkampung di pusat itu sejak semalam.

Beliau berkata, terdapat tujuh rakyat Malaysia di atas kedua-dua kapal berada di perairan Zon Merah R3 di Laut Mediterranean dalam misi kemanusian ke Gaza.

Kapal Alma membawa tiga aktivis Malaysia iaitu Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil manakala Kapal Sirius pula membawa Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli dan Rusydi.

Terdahulu Dr Sani memberitahu, 10 rakyat Malaysia di atas lima kapal misi GSF telah terputus hubungan dengan SNCC kira-kira 2.26 pagi waktu Malaysia.

Sementara itu beberapa rakyat Malaysia yang menyertai misi tersebut antaranya Ardell dan Heliza sempat berkongsi rakaman video detik-detik pencerobohan oleh tentera Israel.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast