KUALA LUMPUR – Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menjelaskan bola sepak tidak mampu menyelesaikan masalah geopolitik ketika beliau berdepan desakan agar Israel digantung susulan konflik Palestin.
Presiden FIFA, Gianni Infantino berkata, kepentingan mempromosikan keamanan dan perpaduan akan diberi penekanan khususnya dalam konteks situasi yang sedang berlaku di Gaza.
“Di FIFA, kami komited untuk menggunakan kuasa bola sepak sebagai jambatan menyatukan manusia dalam dunia yang terbahagi.
“Kami bersama mereka yang menderita akibat pelbagai konflik di seluruh dunia ketika ini dan mesej terpenting yang boleh disampaikan bola sepak sekarang adalah mesej keamanan serta perpaduan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada tahun 2022, FIFA pernah menggantung Rusia sejurus selepas pencerobohan ke atas Ukraine meskipun negara itu baru sahaja menjadi tuan rumah Piala Dunia empat tahun sebelumnya. – MalaysiaGazette
















