KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Manusia, Steven Sim menggunakan pentas World Social Security Forum Gala Dinner yang berlangsung malam tadi untuk menyuarakan solidariti terhadap peserta Misi Global Sumud Flotilla (GSF).

Katanya, penahanan rakyat Malaysia yang menyertai misi berkenaan oleh tentera Israel jelas  satu bentuk penafian terhadap hak kebebasan mereka.

“Hati nurani mendorong saya untuk turut bersuara tentang mereka yang tidak selamat malam ini (malam tadi) bukan kerana kemalangan, tetapi kerana mereka ditahan, kebebasan mereka dinafikan, maruah mereka dipijak,” katanya Ketika menyampaikan ucapan perasmian di majlis berkenaan.

Majlis yang diadakan di ibu kota turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Steven menyebut nama satu persatau nama 23 peserta misi berkenaan yang kini dalam tahan rejim zionis sejak semalam antaranya Musa Al-Nuwayri, Zizi Kirana, Farah Lee, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Ardell Aryana, Razali Awang dan yang lain.

Tegasnya, kesemua mereka perlu dibebaskan dan dunia juga perlu bersatu menghentikan kekejaman rejim Zionis.

“Dunia perlu bersatu menghentikan kekejaman yang gila ini, bebaskan lotila, bebaskan Gaza, bebaskan Palestin,” katanya menutup ucapannya.

Ketika itu juga, ramai hadirin menyahut seruannya dengan laungan set them free.

Pagi ini, aktivis kemanusiaan Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mengesahkan peserta GSF yang ditahan tentera Israel telah mula dibawa ke pelabuhan Ashdod, Israel semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia itu berkata, barisan peguam GSF sudah mula berhubung dengan para sukarelawan yang ditahan bagi memberikan bantuan guaman.

Wisma Putra memaklumkan semua 23 rakyat Malaysia yang ditahan berada dalam keadaan selamat dan sihat serta akan dihantar pulang melalui negara ketiga termasuk selebriti tanah air seperti Heliza Helmi, Zizi Kirana, Ardell Aryana dan PU Rahmat.

Seramai, lima peguam Malaysia yang juga aktivis hak asasi kini ditempatkan di Amman, Jordan untuk memastikan layanan telus terhadap sukarelawan negara.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast