Presiden Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA), Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz

KUALA LUMPUR – Forum Keselamatan Sosial Sedunia (WSSF) 2025 disifatkan sebagai platform penting dalam merangka hala tuju masa depan perlindungan sosial global.

Presiden Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA), Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz berkata, perbincangan selama lima hari itu menyaksikan lebih 2,000 peserta dari 133 negara berkongsi idea, inovasi dan penyelesaian dalam bidang keselamatan sosial.

“Mandat dan fokus saya tetap sama iaitu untuk sentiasa menyokong institusi dan negara anggota. Jika anda memerlukan sokongan, panduan atau galakan, pintu ISSA sentiasa terbuka. Tiada birokrasi,” katanya ketika berucap pada majlis penutup WSSF 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, hari ini.

Malaysia tahun ini menjadi tuan rumah Forum WSSF yang berlangsung selama lima hari sehingga hari ini.

Bertemakan Shaping Social Security for a World in Transition, forum anjuran ISSA dengan kerjasama PERKESO dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja itu turut disokong Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) serta Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast