Datuk Mustapha Yaakub

KUALA LUMPUR – Veteran UMNO tidak dapat menerima alasan Menteri kononnya hidangan arak pada majlis makan malam anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) adalah inisiatif swasta.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, alasan itu membuktikan Datuk Seri Tiong King Sing sengaja mahu menghalalkan tindakan salah MOTAC.

Menurut Mustapha, tindakan King Sing telah menyeleweng dari dasar kerajaan.

“Perbuatannya telah mencemarkan etika kerajaan. Dia merbahaya kepada negara ini. Oleh itu Veteran UMNO mendesak PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim) supaya menggugurkan Tiong dari Kabinet.

“Membiarkan Tiong kekal dalam Kabinet akan menyusahkan PMX untuk menghadapi PRU-16. Rakyat akan mempersoalkan kredibiliti PMX sebagai tokoh Islam. Tiong adalah liabiliti kepada kerajaan,” ujarnya dalam kenyataan.

Sebelum itu, King Sing telah menjelaskan, isu hidangan minuman beralkohol pada majlis itu bukan anjuran MOTAC tetapi daripadan syarikat swasta.

Beberapa hari lepas, Ahli Parlimen Bukit Katil, Datuk Mas Ermieyanti Samsudin mendakwa gara-gara minuman keras dalam majlis itu, ramai tetamu beragama Islam balik awal. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast