Beberapa Ahli Parlimen dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menggesa Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan secara terbuka bahawa siasatan terhadap maklumat yang diberikan oleh banduan Malaysia di Singapura, Pannir Selvam Pranthaman masih dijalankan dan belum selesai.














