Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berucap pada Town Hall Antibuli bersama wakil murid di bawah kementerian pendidikan di Bangunan Hal Ehwal Undang-undang, Putrajaya. Foto AIZAT ZAINAL, 6 OKTOBER 2025.

PUTRAJAYA – Kertas cadangan mengenai  Rang Undang-Undang (RUU) Tribunal Antibuli dijangka dibentang kepada Jemaah Menteri November ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Kabinet terlebih dahulu perlu dimaklumkan tentang hasil libat urus yang dilaksanakan Bahagian Hal Ehwal Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang sejak awal September lalu.

“Sebab Kabinet pun nak dengar (hasil) daripada libat urus ini, kita nak buat bentuk tribunal ini macam mana. Sama ada nak fokus untuk 18 tahun ke bawah atau nak buka 18 tahun ke atas. Macam mana definisinya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai TownHall AntiBuli #GenerasiTanpaBuli Bersama Wakil Murid Di Bawah KPM di Bahagian Hal Ehwal Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, JPM di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Mengulas lanjut. Azalina berkata, townhall seterusnya akan diadakan bersama Kementerian Pendidikan Tinggi pada minggu depan.

Terdahulu, katanya, sesi libat urus yang berlangsung hari ini merupakan bukti komitmen kerajaan mendengar pandangan terhadap pelbagai pihak.

Bahkan menurutnya, Pesuruhjaya Kanak-Kanak sendiri memaklumkan libat urus bersama kanak-kanak adalah pertama kali dilaksanakan di bawah pentadbiran kerajaan hari ini.

“Nampak respon sangat positif. Seperti yang kata, Pesuruhjaya Kanak-Kanak, anak-anak ini kali pertama yang libat urus mengambil kira suara anak-anak.

“Yang macam saya kata dalam kenyataan saya bahawa bagi kami pembuat undang-undang, yang mengguna undang-undang adalah anak-anak.

“Jadi, lebih baik untuk mempertimbangkan pandangan mereka. Dan saya pun percaya bahawa ini akan juga membantu dari segi kefahaman  (BHEUU)  tentang konsep tribunal antibuli,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast