Polis Diraja Malaysia (PDRM).

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan menerima laporan mengenai aktiviti membunuh anjing dalam kawasan Universiti Putra Malaysia (UPM) kira-kira jam 11.23 pagi, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhammad Farid Ahmad berkata, ia dikemukan seorang wanita berumur 51 tahun yang tidak berpuas hati dengan tindakan UPM didakwa mengupah syarikat swasta untuk bunuh anjing.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 30(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015 [Akta 772].

“Akta ini memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Kes masih dalam peringkat siasatan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/10/03/upm-tubuh-j-kuasa-siasat-dakwaan-lantik-syarikat-bunuh-anjing-luar/

Sebelum ini, media melaporkan, Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) mendakwa UPM terlibat dalam pembunuhan anjing secara tidak sah.

Malah institusi pendidikan itu didakwa membayar sebuah syarikat pembersihan untuk membunuh haiwan tersebut.

Pertubuhan itu turut mendakwa UPM melantik sebuah syarikat perkhidmatan berpengkalan di Sentul untuk “membunuh” anjing pada kadar bayaran RM400 seekor.

Difahamkan, mereka terdapat bukti mengesahkan sekurang-kurangnya 15 ekor anjing telah dibunuh syarikat berkenaan.

Selain itu, Farid mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu proses siasatan.

“Pihak polis juga meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat jenayah untuk menyalurkan dengan menghubungi bilik gerakan IPD Serdang di talian 03-8074 2222 atau di mana-mana balai polis berhampiran,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast