Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Peruntukan geran padanan sebanyak RM50 juta bagi menggalakkan penerbangan antrabangsa dan carter ke Malaysia dijangka merancakkan ketersambungan global dan menarik lebih ramai pelancong ke negara in.

Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Mohd Izani Ghani berkata, pihaknya menyambut baik pengumuman kerajaan dalam Belanjawan 2026 yang terus memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur dan peningkatan ketersambungan udara negara.

“Sokongan terhadap pelaksanaan kemudahan Inter-Terminal Transfer di KLIA, atau KUL Airside transfer, penaiktarafan lapangan terbang di Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Tawau dan Miri serta penambahbaikan di STOLport seperti Marudi dan Redang, akan memperkukuh kesiapsiagaan rangkaian lapangan terbang negara terutama menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Manakala sokongan terhadap pembangunan hab logistik dan serantau Selangor Park serta pengembangan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah sebagai hab industri aeroangkasa akan akan mempercepat pertumbuhan ekosistem penerbangan dan menjadikan Malaysia sebagai pusat pusat penerbangan serantau yang penting,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Izani, sejak penswastaan Malaysia Airports pada awal tahun ini, MAHB telah menumpukan usaha kepada tiga teras utama iaitu perkhidmatan, pertumbuhan dan kapasiti.

“Tahun 2025 telah menyaksikan kemajuan berterusan dalam pembangun an infrastruktur lapangan terbang termasuk siapnya naik taraf di Ipoh yang meningkatkan kapasiti kepada 700,000
penumpang setahun serta pembesaran di Kota Bharu yang bakal disiapkan pada 2026dengan kapasitas hingga 4 juta penumpang setahun.

“Pada masa sama, ketersambungan penerbangan dan kemasukan sepuluh lagi syarikat penerbangan baharu, mencerminkan keyakinan berterusan terhadap Malaysia sebagai hab penerbangan utama rantau ini,” ujarnya.

Mohd Izani memaklumkan, pihaknya kekal komited untuk memperkasa ekonomi dan pelancongan negara melalui pembangunan lapangan terbang yang moden, efisien dan berdaya saing.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemerkasaan MAHB akan membuka ruang pelaburan lebih besar yang memperkukuh kecekapan pengurusan lapangan terbang negara.

Katanya, MAHB berjaya menyiapkan pembesaran Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Perak dan dalam proses pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan.

“Sebanyak RM2.3 bilion dilaburkan bagi pembangunan lapangan terbang di Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Tawau dan Miri yang dijangka siap 2028.

“Selain itu, Short Take Off and Landing Port (STOLport) di Marudi dan Redang juga dinaik taraf dan dijangka siap 2027,” katanya ketika pembentangan Belanjawan 2026 di Parlimen, hari ini.

Selain itu, Projek Inter-Terminal Transfer antara KLIA Terminal 1 dan Terminal 2 bakal dilaksanakan bagi meningkatkan ketersambungan penumpang sebagai satu lapangan terbang antarabangsa yang menyeluruh.

Beliau berkata, kerajaan Selangor bersama MAHB juga membangunkan Selangor Aero Park (SAP) seluas 600 ekar di Sepang sebagai hab logistik dan kargo serantau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast