Home Nasional Lagi kes lori sampah rempuh plaza tol

Lagi kes lori sampah rempuh plaza tol

KUALA LUMPUR – Lagi tular di media sosial, sebuah lori sampah merempuh Plaza Tol Puchong Selatan di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) arah Bandar Bukit Puchong hari ini.

Video berdurasi 22 saat menerusi kamera papan pemuka (dashcam) kenderaan lain memaparkan kejadian berlaku sekitar pukul 1.53 petang.

Lori berkenaan telah melanggar penghadang di salah satu lorong plaza tol tersebut namun tiada laporan kehilangan nyawa dilaporkan setakat ini.

Sementara itu, maklumat mengenai pemandu lori dan tahap kecederaannya masih belum disahkan oleh pihak berkuasa.

Bagaimanapun insiden itu sekaligus mencetuskan kebimbangan orang ramai susulan kemalangan di Plaza Tol Bukit Kajang hingga mengorbankan dua individu dan mencederakan beberapa lain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast