Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah memaklumkan bahawa sebanyak 19 insiden gangguan melibatkan perkhidmatan aerotrain baharu telah direkodkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 sejak ia mula beroperasi pada 1 Julai lalu.
Beliau menjelaskan, punca utama gangguan tersebut berpunca daripada sistem semboyan (signaling) yang masih dalam fasa penyesuaian, selain beberapa kejadian disebabkan oleh tindakan penumpang sendiri.















