MADRID – Rangka seorang lelaki yang dipercayai telah meninggal dunia 15 tahun lalu ditemui di rumahnya di Sepanyol.
Pasukan bomba dipanggil oleh seorang jiran warga emas selepas air banjir akibat Ribut Alice mula menitis ke dalam flatnya di tingkat bawah, dipercayai dari apartmen usang milik lelaki itu di Valencia.
Perkhidmatan kecemasan menemui sebahagian rangka di dalam bilik tidur dan tulang-tulang lain di ruang tamu, yang dipercayai telah dibawa disebarkan oleh burung merpati yang menjadikan rumah usang itu sebagai tempat bersarang.
Penduduk tempatan yang terkejut dan tinggal di blok apartmen di Valencia berkata, kali terakhir mereka melihat lelaki itu yang dikenali sebagai Antonio pada tahun 2010.
Lelaki memiliki dua anak, itu tinggal bersendirian di flat tingkat atas selepas berpisah dengan isterinya, dan tidak berhubung dengan dua anak lelakinya, menurut laporan tempatan.
Mayatnya telah dibawa ke Institut Perubatan Forensik Valencia.an.
Polis Sepanyol memaklumkan bedah siasat dijangka dimulakan hari ini.
Media tempatan melaporkan, jiran-jiran menyangka lelaki itu telah berpindah ke rumah penjagaan warga emas.
Bayaran utiliti dan yuran komuniti miliknya masih aktif dan dibayar secara debit terus daripada akaun banknya kerana pencennya masih dimasukkan setiap bulan.
Salah seorang jiran yang menghubungi bomba apabila air mula menitis ke dalam rumahnya berkata, titisan air memasuki ke dalam bilik tidur ibunya melalui siling bilik mandi dan ruang makan.
“Memandangkan tingkap rumah pecah dan hujan lebat, saya pada mulanya sangka air itu datang dari situ. Tetapi kami kemudian nampak masalah tersebut berpunca dari dari balkoni kerana ada benda yang menyekat longkangnya.
“Apabila bomba dan polis masuk ke rumah itu, mereka menemui mayat seseorang yang telah meninggal dunia selama beberapa tahun, bersama banyak burung merpati.
Keadaan rumah itu sangat teruk. Kali terakhir kami nampak pemiliknya ialah pada tahun 2010.
“Polis memberitahu saya bahawa tidak banyak yang tinggal daripada tubuhnya – hanya tinggal rangka,” katanya sambil menambah kalau bukan kerana hujan lebat itu, mungkin sisa rangka lelaki tersebut masih belum ditemui hingga hari ini. – Agensi
















