Gambar hiasan.

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan seorang lagi peneroka haram yang dikaitkan  dengan penggubahan wang haram di salah sebuah daerah di negeri ini.

Suspek disyaki mengusaha kebun tanaman durian serta terlibat dalam amalan pengubahan wang haram dengan memperoleh, menerima, memiliki, memindah dan menggunakan wang daripada aktiviti hasil tanaman pokok durian di tanah berstatus hutan simpan dan tanah kerajaan di Pahang.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 60-an itu telah ditahan kira-kira jam 9 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM cawangan Raub, Pahang.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2024 hingga 2025 dan mereka memperoleh keuntungan daripada aktiviti haram ini sehingga mencecah ratusan ribu ringgit.

“Tangkapan ini adalah rentetan daripadan penahan lima pengusaha kebuh haran berhubung kes yang sama baru-baru ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) 2001.

Tambah beliau, siasatan masih diteruskan bagi mengesan suspek dan saksi-saksi berkaitan dan suspek dilepaskan selepas keterangan diambil. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast