Datuk Dzulkhairi Mukhtar

JASIN – Kertas siasatan empat pelajar lelaki yang disyaki terlibat kes rogol berkumpulan pelajar junior dan merakamkannya di sebuah sekolah di Alor Gajah awal bulan ini telah dirujuk ke timbalan pendakwa raya, hari ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, ia bagi membolehkan pendakwaan kes tersebut dilakukan dalam tempoh terdekat, dijangkakan minggu ini.

“Kes empat pelajar itu pagi ini kita rujuk kertas siasatan kepada TPR, kita akan cuba untuk tuduh dalam minggu ini.

“Kita masih menunggu keputusan lanjut daripada,” katanya ringkas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/10/11/pelajar-dirogol-bergilir-gilir-senior-calon-spm-dalam-kelas-4-direman/

Laporan eksklusif MalaysiaGazette pada 11 Oktober lalu melaporkan empat suspek berusia 17 tahun yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) direman enam hari sehingga esok.

Ia bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol secara berkumpulan.

Kes melibatkan mangsa, pelajar perempuan Tingkatan Tiga sekolah sama berusia 15 tahun dan kejadian pada jam 2.50 petang 2 Oktober lalu turut dirakam menggunakan telefon bimbit suspek.

Kejadian bagaimanapun hanya terbongkar petang 10 Oktober lalu selepas ibu mangsa menerima maklumat mengenai penyebaran video tersebut dalam kalangan suspek daripada guru sekolah dan segera membuat laporan polis. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast