Seorang fasilitator sebuah akademi direman tujuh hari selepas disyaki melakukan amang seksual terhadap empat murid lelaki berusia 12 tahun di sebuah pusat latihan di Balik Pulau, Pulau Pinang, Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 4.30 pagi di bilik asrama lelaki pusat latihan berkenaan.















