Azizulhasni Awang

KUALA LUMPUR – Syarikat teknologi digital Systech Bhd mengumumkan Datuk Mohd Azizulhasni Awang sebagai pemegang saham terbesar syarikat itu.

Menurut Systech dalam satu kenyataan, Mohd. Azizulhasni yang juga pemenang pingat berbasikal Sukan Olimpik telah memperoleh 34.69 juta saham biasa mewakili 5.28 peratus daripada jumlah modal saham terbitan Systech melalui LMY Holdings Sdn Bhd.

Selain itu, Aspiration Partners PLT  dengan Mohd Azizulhasni sebagai seorang daripada tiga ahli pengasas, juga telah menjadi pemegang saham yang besar melalui kepentingan tidak langsung dalam blok saham yang sama.

“Secara berasingan, beliau memegang kepentingan peribadi secara langsung dalam 30,000 saham Systech.

“Dengan penglibatan Mohd Azizulhasni dan sokongan pihak berkepentingan yang progresif, kumpulan kekal memfokuskan untuk mempercepat inovasi, mengembangkan jejak serantau dan mencipta nilai jangka panjang untuk pemegang saham,” menurut syarikat itu. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast