Pensyarah Pendidikan Pengajian Tinggi Politeknik Kuching Sarawak, Haslinda Jama'in (kanan) dan Nur Maisarah Syahirah Zainal Abidin (kiri) memegang komik yang dihasilkan menerusi kerjasama dengan SPRM.

KUALA LUMPUR – Politeknik Kuching Sarawak dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menerbitkan sebuah buku komik bertajuk Misi Integriti: Perang Rasuah Bermula.

Buku komik ini dihasilkan oleh dua pensyarah Pendidikan Pengajian Tinggi Politeknik Kuching Sarawak, Haslinda Jama’in dan Nur Maisarah Syahirah Zainal Abidin.

“Hasil karya ini akan dijadikan bahan rujukan tambahan bagi Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR) yang dilaksanakan di institusi pengajian tinggi di seluruh negara,” katanya dalam info media hari ini.

Muka depan komik yang dihasilkan menerusi kerjasama Politeknik Kuching Sarawak dengan SPRM.

Tahun lalu, kerajaan bersetuju menjadikan modul Kursus KIAR sebagai mata pelajaran wajib di semua institusi pendidikan dan TVET seluruh negara.

Buku komik Misi Integriti: Perang Rasuah Bermula diterbitkan dengan kelulusan Dewan Bahasa dan Pustaka, disediakan antara Jun hingga September 2025 dan boleh diperoleh di Politeknik Kuching Sarawak.

Penerbitan itu menjadi usaha kreatif menyemai nilai integriti dan kesedaran antirasuah dalam kalangan pelajar melalui pendekatan pembelajaran interaktif dan mudah difahami. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast