Logo Polis Diraja Malaysia

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa isu berkaitan tuntutan bayaran upah menjahit pakaian seragam pegawai dan anggotanya yang sedang tular di media sosial, akan diselesaikan segera.

Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Komisioner Polis Gilberd Philip Layang berkata, pasukan itu sedang berusaha bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan agensi pusat bagi menyelaras peruntukan dan mempercepat proses bayaran.

Beliau berkata, jabatan itu memberi jaminan kebajikan warga pasukan sentiasa menjadi keutamaan dan usaha digerakkan agar tuntutan diselesaikan dalam tempoh terdekat berdasarkan tatacara kewangan dan perolehan yang sedang berkuat kuasa.

“PDRM mengambil maklum mengenai isu tuntutan bayaran upah jahit pakaian seragam polis dan memahami keresahan warga pasukan berkaitan perkaa ini.

“PDRM menggesa semua pihak bertenang dan memberi ruang kepada proses pentadbiranyang sedang berjalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, perkara itu tidak menjejaskan kesiapsiagaan serta tanggungjawab utama PDRM dalam memastikan keselamatan negara terpelihara, terutama menjelang pelaksanaan pelbagai acara antarabangsa sepanjang tahun ini.

“PDRM kekal komited memastikan kebajikan setiap pegawai dan anggota terus dipelihara selaras dengan prinsip kesejahteraan perkhidmatan awam dan semangat MADANI,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast