Nga Kor Ming

KUALA LUMPUR – Buat masa ini, kerajaan hanya menggalakkan konsep pembinaan secara kaedah bina dan kemudian jual (BKJ) kepada pemaju yang bersedia sahaja.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, pelaksanaannya mempnyai risikonya yang boleh menyusahkan pembeli dan pihak-pihak lain yang terlibat.

Justeru katanya, projek perumahan melalui konsep tersebut memerlukan pemaju mempunyai keupayaan kewangan yang sangat kukuh.

Menurut Kor Ming, bagi pelaksanaan kaedah ini, Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] dan Peraturan-peraturan telah memperuntukkan perjanjian jual beli bagi pembinaan pemajuan perumahan secara BKJ 10:90,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Menerusi kaedah pembinaan secara BKJ 10:90  pemaju swasta akan mengenakan 10 peratus wang pendahuluan daripada harga jualan kepada pembeli.

Manakala baki 90 peratus pula akan dikenakan setelah rumah tersebut siap dengan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) serta penyerahan Pemilikan Kosong (VP), katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan, Ahli Parlimen Labis, Pang Hok Liong (Pakatan Harapan) yang bertanya kesediaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk mewajibkan skim BKJ di seluruh negara bagi mengurangkan projek perumahan terbengkalai terutamanya projek kondominium untuk melindungi pembeli.

Nga berkata, melalui Dasar Perumahan Negara (DRN) 2018-2025, KPKT telah menggariskan pelan tindakan bagi memastikan peralihan daripada konsep Jual Kemudian Bina (JKB) kepada BKJ dilaksanakan secara berperingkat.

Jelasnya, ia sudah tentu dapat  mengurangkan risiko projek terbengkalai dan juga lambakan rumah tidak terjual.

Tambah beliau, kerajaan turut menyediakan beberapa kemudahan dan insentif sama ada di peringkat seperti keutamaan dalam kelulusan Kebenaran Merancang (KM), bagi menggalakkan pemaju perumahan melaksanakan konsep BK.

“Pemaju yang memilih konsep pemajuan BKJ 10:90 turut dikecualikan dari bayaran deposit akaun pemajuan perumahan,” katanya lagi.

Selain itu katanya, KPKT sedang menggubal pindaan ke atas Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] khususnya bagi memelihara hak dan kepentingan pihak-pihak yang terlibat dalam pemajuan perumahan khususnya pembeli rumah serta mencegah projek terbengkalai.

“Secara keseluruhannya, cadangan penambahbaikan akta ini bertujuan untuk memperkasa tadbir urus dan pengurusan kewangan pemajuan perumahan yang efisien, memastikan hak dan kepentingan pembeli rumah terpelihara, selain memudahcara pemajuan perumahan swasta ke arah kelestarian sektor perumahan,” katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast