Foto : APNM

KUALA LUMPUR – Dua nelayan masih belum ditemui selepas lima hari hilang apabila vesel yang dinaiki mereka terbalik di perairan Tanjung Payung, Sarawak.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kapten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata, pencarian diteruskan dengan bantuan pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Kawasan pencarian pada hari kelima meliputi keluasan 57.80 batu nautika persegi, menjadikan keseluruhan kawasan yang diterokai sejak operasi dilancarkan kira-kira 117.7 batu nautika persegi.

“Pasukan selam APMM telah melakukan selaman ke dalam kapal berkenaan, namun keadaan kapal yang terbalik dan anjungannya tertimbus dalam selut menyebabkan operasi dihentikan.

“Arus bawah laut yang deras serta jarak penglihatan sifar turut menyukarkan usaha menyelam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Suffian Eldine, kerja-kerja mengapungkan kapal nelayan akan dijalankan esok sebelum pasukan penyelam APMM dan JBPM menyambung operasi bagi mengesan sebarang petunjuk jika mangsa terperangkap di dalam kapal.

Setakat ini, seramai 47 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi bersama 10 nelayan tempatan terbabit dalam operasi tersebut.

Maritim Malaysia menasihatkan komuniti maritim agar tidak turun ke laut ketika cuaca buruk serta sentiasa mematuhi peraturan keselamatan.

Sebarang maklumat atau kecemasan di laut boleh disalurkan ke talian 999, Pusat Operasi Zon Maritim Bintulu di 086-314 254 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di 082-432 544. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast